FASILITI

RAWATAN

Ruang rawatan

Sebanyak 35 unit mesin hemodialisis disediakan, dimana 33 unit bagi kegunaaan pesakit biasa yang berada di ruang rawatan yang luas dan 2 unit bagi pesakit Hepatitis B & Hepatitis C yang ditempatkan di bilik yang berasingan

BILIK KONSULTASI

Bilik konsultasi disediakan bagi pesakit dan waris mendapatkan khidmat konsultasi secara privasi daripada doktor 

Pengajaran & pembelajaran

bilik pengajaran & pembelajaran

Bilik P&P yang dilengkapi dengan sistem audio & visual serta berhawa dingin disediakan bagi kegunaan staf, pesakit & waris mengadakan sesi taklimat / ceramah dengan selesa.

waris & pesakit

bilik rekreasi / ruang menunggu

Ruang menunggu yang selesa disediakan bagi waris sementara menunggu pesakit yang sedang menjalani rawatan.

surau

Ruang solat berasingan lelaki & perempuan untuk kegunaan pesakit & waris

Kaunter Khidmat pelanggan

Kaunter khidmat pelanggan bagi pesakit/waris membuat pelbagai urusan (Pendaftaran/Pembayaran/Pertanyaan/Penyerahan Dokumen)

TEKNOLOGI

Sistem pengurusan data DIALISIS (DiMS)

Seiring dengan pembangunan teknologi maklumat, pada tahun 2019 Pusat Dialisis Ikhlas telah  melabur dalam penggunaan aplikasi perisian pengisian maklumat pesakit Dialysis Information Management System (DIMS) untuk memperkasa pengurusan data klinikal yang lebih efektif dan efisien.

PENGGUNAAN SISTEM SOLAR

Memandangkan penggunaan tenaga elektrik di premis kami yang semakin meningkat, Pusat Dialisis Ikhlas telah menyahut inisiatif kerajaan dalam penggunaan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui dengan memasang panel solar PV di bumbung premis kami. Dengan adanya sistem ini, kos penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan disamping menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.